Bagaimana DNS Berfungsi?

Bagaimana DNS Berfungsi?

Oleh : SYAFIYULLAH YAHYA

https://blog.inframesia.com/

Pernahkah anda terfikir, apa yang berlaku apabila anda masukkan nama domain dalam web browser, kemudian dalam beberapa saat, anda terus boleh mendapatkan kandungan laman web ?


Ada banyak perkara yang berlaku disebaliknya. Salah satu perkara yang utama yang berlaku adalah “DNS Resolution” ataupun proses penterjemaahan daripada nama domain kepada IP address.


Bagaimana proses penterjemahan nama domain ini berlaku? Ia bermula dengan DNS (Domain Name System) ataupun Sistem Nama Domain.


APA ITU DNS?


Domain Name System boleh diumpamakan seperti buku telefon untuk internet. Jika anda pernah dengar perkataan “Yellow Pages”, pasti anda boleh bayangkan bagaimana DNS ini berfungsi. Secara asasnya, buku telefon mengandungi nama individu atau nama entiti kemudian dipasangkan dengan nombor telefon.


Konsep yang sama diaplikasikan kepada DNS. Ia menyimpan nama domain dan juga IP address bagi nama domain tersebut. Satu nama domain boleh mempunyai lebih daripada satu IP address dan satu IP address address boleh mempunyai lebih daripada satu nama domain. Semua rekod ini tersimpan dalam DNS Server.


Sebagai contoh, IP address untuk nama domain google.com adalah 216.58.196.46


BAGAIMANA DNS BERFUNGSI?


Pengguna memasukkan nama domain ke dalam web browser, sebagai contoh syafi.dev. Web browser perlu mengetahui apakah IP Address server bagi domain tersebut. Jadi web browser akan bertanyakan perkara tersebut kepada DNS Resolver dalam komputer anda.


Setiap kali komputer anda cuba untuk mendapatkan IP address untuk sesuatu domain, ia akan mendapatkan daripada DNS Cache terlebih dahulu kerana ianya lebih pantas. DNS Cache berfungsi sebagai storan sementara untuk menyimpan rekod DNS dalam komputer anda. Semua DNS rekod yang telah berjaya mendapatkan IP daripada DNS Resolver akan disimpan dalam DNS Cache. Jika DNS Cache tidak mempunyai rekod DNS tersebut, ia akan kembali kepada DNS Resolver untuk diselesaikan.


Terdapat beberapa peringkat DNS Resolver. Ia bermula dengan DNS Resolver dalam komputer, kemudian router anda, kemudian router ISP, kemudian DNS Server. Boleh jadi juga dari komputer anda terus ke DNS Server. Dalam proses yang standard, DNS Resolver akan menghantar pertanyaan IP address bagi nama domain syafi.dev kepada Root Nameserver.


Root Nameserver akan menyemak terlebih dahulu apakah domain extension atau Top Level Domain (TLD) yang digunakan oleh nama domain tadi. Sebagai contoh, TLD bagi nama domain syafi.dev adalah .dev. Jadi, Root nameserver akan minta DNS Resolver untuk bertanyakan kepada Top Level Domain (TLD) Nameserver, apakah Authoritative nameserver bagi .dev


DNS Resolver bertanyakan kepada Top Level Domain (TLD) Nameserver apakah Authoritative nameserver bagi nama domain syafi.dev.


Top Level Domain (TLD) Nameserver menyemak apakah Authoritative Nameserver bagi domain syafi.dev. Kemudian ia akan minta DNS Resolver untuk pergi kepada Authoritative Nameserver untuk domain syafi.dev.


DNS Resolver bertanyakan apakah IP address bagi nama domain syafi.dev kepada Authoritative nameserver.


Authoritative nameserver membalas pertanyaan tersebut dengan IP 104.21.5.112 yang diperoleh daripada simpanan rekod DNS yang ia miliki dan dicipta oleh pengurus DNS.


IP Address tersebut kemudiannya diberikan kepada web browser dan juga disimpan dalam DNS Cache supaya permintaan IP address bagi nama domain yang sama selepas ini akan menjadi lebih pantas dan mengurangkan beban pada DNS Server.


Setelah mendapat IP address untuk nama domain syafi.dev, web browser akan terus pergi kepada web server untuk IP address tersebut dan meminta supaya diberikan kandungan laman web bagi domain syafi.dev.


Web server membalas permintaan tersebut dengan memberikan kandungan laman web untuk domain syafi.devkepada web browser.


NOTA TAMBAHAN


Antara DNS server yang anda boleh gunakan untuk membuat DNS resolution adalah :


a) Google Public DNS : 8.8.8.8 dan 8.8.4.4

b) Cloudflare DNS : 1.1.1.1 dan 1.0.0.1

c) OpenDNS : 208.67.222.222 dan 208.67.220.220

d) Quad9 DNS : 9.9.9.9 dan 149.112.112.112

e) Level 3 DNS : 209.244.0.3 dan 209.244.0.4

Tags: dns
Please login to post a comment.

Tags

jobstreet dns cabaran dalam kerjaya hari ini senarai aplikasi yang boleh membantu anda cara buat laman web dengan bahasa pengaturcaraan mengikut pasaran semasa pengenalan kepada gemini reka bentuk dan teknologi rbt universiti malaysia terbaik bidang memastikan ssh server selamat langkah memasang nginx pada linux memberi manafaat atau mengancam kerja manusia dalam seni kemahiran bahasa pekerjaan dulu wujud kini sudah bakal pupus akibat automasi ai tempatan local ai komputer ollama nvidia teknologi 2026 ai sains sains komputer penyelidikan google atlas kemahiran data pelajar it keselamatan siber ejen ai cybersecurity kemahiran it crowdstrike neuralink cip otak brain computer interface bci ai teknologi kesihatan Firefox Pembangunan Web Pengujian Perisian Keserasian Pelayar Kerjaya IT pgAdmin PostgreSQL Pangkalan Data Pentadbiran Sistem Sandaran Data GitHub Actions Ubuntu DevOps CI/CD Kejuruteraan Perisian Kemahiran IT Python Sumber Terbuka Pengurusan Pakej Cloudflare Rangkaian Komputer Unified Routing Infrastruktur IT NVIDIA GPU Kubernetes Infrastruktur AI Pengujian Sistem PowerShell Microsoft Graph Automasi IT Rust Debugging Pembangunan Perisian Cargo Pelajar IT DevFest 2026 Google Komuniti Pembangun Pembelajaran IT Portfolio IT Kecerdasan Buatan Sains Data NASA IBM Pembelajaran Mesin Node.js JavaScript Penyelenggaraan Aplikasi Ujian Perisian Kebolehcapaian Web WCAG 3 W3C Pengalaman Pengguna Go SIMD Prestasi Perisian Pengaturcaraan Sains Komputer Penyelenggaraan Perisian Migrasi Aplikasi Keselamatan Perisian GitHub CodeQL Penyelenggaraan Kod NuGet .NET Microsoft Privasi Data Google Research Keselamatan AI pgvector Keselamatan Siber Carian Vektor Anthropic Kejuruteraan AI Latihan IT Ejen AI Portfolio Kerjaya Linux ELISA Sistem Terbenam NVIDIA Megatron Core

Cookies

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website. Cookie Policy

Accept